Teknik Lazy 8
"Kakak ni kenapa tulis tak cantik"..
"Warna comot terkeluar dari garisan"..
"Nak tulis pun malas"..
" Hai, tulis sekejap je pun dah penat..mengada-ngada adik ni"..
Anak malas menulis, anak tulis tak cantik, anak mewarna comot, anak cepat penat menulis..
SALAH SIAPA?
Tahukah ibu ayah kerana perkembangan psikomotor kasar dan halus tidak dilakukan dengan baik adalah sebab mengapa anak-anak cepat penat, tidak memegang pensel dengan betul dan tidak menulis dengan baik.
Seawal usia 1 tahun anak sudah mula melakukan contengan. Namun contengan ini tidak membawa maksud. Anak-anak pada usia ini akan mula menconteng di mana-mana permukaan seperti lantai, dinding, almari dan sebagainya. Pada ketika ini ibu ayah harus memberi peluang kepada anak-anak untuk menconteng, namun tetap perlu menitik beratkan soal disiplin. Kalau dibiarkan sahaja anak-anak boleh jadi satu rumah dicontengnya.
Apa yang perlu ibu ayah lakukan, sediakan ruang untuk anak-anak menconteng. Sediakan "white board" atau kertas, krayon, warna air, dan warna pensel untuk anak-anak melakukan aktiviti menconteng. Selain anak-anak dapat berkreativiti mereka juga dididik untuk berdisiplin dalam melakukan aktiviti tersebut.
Pada ketika umur 2 tahun, contengan yang dilakukan mula membentuk sesuatu. Masa contengan juga lebih lama. Pada ketika ini anak-anak mula membuat "single line", dan hadkan anak-anak untuk tidak memegang gajet.
Ketika umur anak-anak sekitar 2 tahun setengah ke 3 tahun, anak-anak mula menunjukkan minat untuk mewarna. Ibu ayah boleh melakukan aktiviti bersama anak-anak dengan menggunakan "water colour". Gunakan kaedah "finger painting" untuk menggerakkan psikomotor halus anak-anak. Pada ketika ini contengan mula membawa maksud. Anak sudah boleh mula menulis huruf atau nombor. Ibu ayah sudah boleh mula mengajar anak-anak dengan kaedah garis putus-putus.
Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk menggerakkan psikomotor halus pra penulisan anak-anak ialah⬇️
📝" Sand writing"
📝" Finger painting"
📝"Puzzle"
📝Menanggalkan "sticker"
📝Menggumpal kertas
📝Membaling dan menangkap bola
📝Bermain tanah liat
Kaedah yang berkesan untuk melatih anak-anak lebih fokus dan membantu dalam koordinasi mata dan tangan anak-anak ialah aktiviti⬇️
📝"Lazy 8"
Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran menulis anak-anak kerana tulisan 8 mempunyai banyak lekuk yang boleh membentuk huruf dan nombor tertentu. Gerakkan ini dapat melatih jari anak-anak untuk membuat lekuk. Teknik ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari sahaja atau menggunakan pensel.
Psikomotor kasar dan halus anak-anak harus berkembang dengan baik untuk memastikan anak-anak dapat menulis dengan baik, lebih lama dan teknik kemahiran menulis mereka lebih baik. Tidak semestinya salah anak-anak kerana malas menulis yang pasti ada salah kita sebagai ibu ayah dalam mendidik mereka.

Comments
Post a Comment