Posisi Meniarap

Menulis secara meniarap bagus ke tidak?

Baik, jom kita belajar sama-sama...biasanya kita mesti beranggapan menulis secara meniarap tak bagus..betulkan..?Sebab kita rasa macam tu, bila kita meniarap rasa badan macam sakit-sakit..lenguh la..

Hakikatnya menulis secara meniarap ni bagus menurut Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Ashikin Hashim yang juga selaku Pengetua di Genius Aulad dan merangkap consultant Mommy Happy.

Menulis secara meniarap dapat menguatkan otot di bahu,  dimana otot sendi bahu mendapat ' joint compression' secara semulajadi.. Manakala pergelangan tangan  secara automatik selesa untuk menulis dipermukaan dan memberi sokongan untuk menulis dengan lebih baik.

Posisi ini juga dapat meningkatkan keseimbangan dan kawalan motor pada pergelangan tangan dan sekaligus meningkatkan serta merangsang motor halus iaitu otot-otot di jari. Posisi meniarap sangat berkesan untuk mengatasi masalah kanak-kanak yang mempunyai pegangan pensel yang tidak kuat dan lemah dalam kemahiran menulis.

Posisi meniarap juga dikatakan dapat memberi kesan tumpuan yang lebih baik berbanding posisi lain kerana mata perlu fokus ke atas permukaan kertas...Eh, banyak rupanya kan faedah menulis dalam posisi meniarap😊..Selama ni selalu suruh anak-anak tulis atas meja😅..

Jadi lepas ni kalau di rumah boleh la galakkan anak-anak untuk menulis dalam posisi meniarap... Boleh menambah baik kemahiran menulis anak-anak dan melatih tangan anak-anak supaya lebih kuat.



Comments

Popular posts from this blog

6 Tips Mewujudkan Suasana Cintakan Ilmu.*

NAK GAGAL LAGI KE❓

Teknik Lazy 8