Posts

Showing posts from 2019

NAK GAGAL LAGI KE❓

NAK GAGAL LAGI KE❓ Orang kata jika kita gagal merancang maka kita merancang untuk gagal.. Buntu nak cari tips perniagaan? Macam mana nak buat visi, misi dan objektif ye? Tak faham la.. Apa rancangan aku 3 tahun lagi? Ha, anda buntu memikirkan bagaimana nak susun atur perniagaan anda? Jangan pening-pening lagi ok.. Kita bawakan "PLANNER USAHAWAN" dari HQ terus kepada anda๐Ÿ˜Š ILMU MAHAL tau..anda diberi ilmu perniagaan yang perlu anda hadam step by step. SISTEMATIK perniagaan anda boleh di susun atur semula dengan panduan yang diberi. MENGATUR ROADMAP untuk perniagaan anda 3, 5 tahun akan datang. Best kan kalau ada satu sistem yang kita boleh aplikasikan dalam perniagaan kita.. Jangan bertangguh lagi, nak masuk 2020 dah ni..kena bertindak CEPAT ok❗ Nak dapatkan meh wassap Kak Yana ok ๐Ÿ‘Œ www.wasap.my/+601110756357/plannerusahawan #kakyanastories #keluargasakinah #firdausliyanalegacy #bersamakitalebihkuat #jutawanakhirat #keluargakizzusaed #mommyhappy...

Teknik Lazy 8

Image
"Kakak ni kenapa tulis tak cantik".. "Warna comot terkeluar dari garisan".. "Nak tulis pun malas".. " Hai, tulis sekejap je pun dah penat..mengada-ngada adik ni".. Anak malas menulis, anak tulis tak cantik, anak mewarna comot, anak cepat penat menulis..  SALAH SIAPA? Tahukah ibu ayah kerana perkembangan psikomotor kasar dan halus tidak dilakukan dengan baik adalah sebab mengapa anak-anak cepat penat, tidak memegang pensel dengan betul dan tidak menulis dengan baik. Seawal usia 1 tahun anak sudah mula melakukan contengan. Namun contengan ini tidak membawa maksud. Anak-anak pada usia ini akan mula menconteng di mana-mana permukaan seperti lantai, dinding, almari dan sebagainya. Pada ketika ini ibu ayah harus memberi peluang kepada anak-anak untuk menconteng, namun tetap perlu menitik beratkan soal disiplin. Kalau dibiarkan sahaja anak-anak boleh jadi satu rumah dicontengnya. Apa yang perlu ibu ayah lakukan, sediakan ruang untuk anak...

Pelukan Kasih Sayang

Image
PELUKLAH ANAK-ANAK KITA PELUKAN nampak remeh tapi mampu beri ketenangan kepada yang dipeluk.. Kuasa pelukan nampak macam biasa-biasa tapi sebenarnya sangat luar biasa.. Melalui pembacaan kak Yana dalam buku " Tau Tak Apa " karya Dr. Hm Tuah Iskandar beliau menulis, ada satu kajian dari University McGill, Montreal, Kanada yang diketuai oleh Celeste Johnston, memutuskan ibu yang memeluk bayi bukan hanya mengurangkan kesakitan tetapi memulihkan dengan cepat. ( Berita Harian -26 April 2008) Eh, macam tak percaya kan? Sekadar peluk boleh jadi ubat..Tak percaya, peluk bayi kita yang sedang menangis, diam dia.. Kak Yana teringat satu cerita Hindustan..tajuk Munna Bhai rasanya...kan dia peluk pesakit dekat hospital dan cakap All is Well..nampak macam lawak tapi memang ada kesannya bila dipeluk.. Macam suami kak Yana cerita, masa baru lahir anak sulung..lepas suami sambut bayi kami, suami keluar dan tunggu diruang menunggu...Masa tu macam-macam perasaan ada, menangis mengogoi ...

Posisi Meniarap

Image
Menulis secara meniarap bagus ke tidak? Baik, jom kita belajar sama-sama...biasanya kita mesti beranggapan menulis secara meniarap tak bagus..betulkan..?Sebab kita rasa macam tu, bila kita meniarap rasa badan macam sakit-sakit..lenguh la.. Hakikatnya menulis secara meniarap ni bagus menurut Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Ashikin Hashim yang juga selaku Pengetua di Genius Aulad dan merangkap consultant Mommy Happy. Menulis secara meniarap dapat menguatkan otot di bahu,  dimana otot sendi bahu mendapat ' joint compression' secara semulajadi.. Manakala pergelangan tangan  secara automatik selesa untuk menulis dipermukaan dan memberi sokongan untuk menulis dengan lebih baik. Posisi ini juga dapat meningkatkan keseimbangan dan kawalan motor pada pergelangan tangan dan sekaligus meningkatkan serta merangsang motor halus iaitu otot-otot di jari. Posisi meniarap sangat berkesan untuk mengatasi masalah kanak-kanak yang mempunyai pegangan pensel yang tidak kuat dan l...

6 Tips Mewujudkan Suasana Cintakan Ilmu.*

Image
"Melentur buluh biar dari rebungnya" Pepatah melayu ini sangat tepat. Untuk memupuk minat membaca anak-anak  hendaklah dilakukan sejak mereka masih kecil. Sejak usia bayi lagi anak-anak boleh diperkenalkan dengan bahan bacaan. Hal ini kerana pendengaran anak-anak dikatakan deria pertama yang aktif sejak dalam rahim lagi. Biasa dengarkan kita boleh berbual dengan anak kita sejak mereka dalam kandungan kita lagi. Dalam usaha nak memupuk minat membaca anak-anak, ada pelbagai teknik yang boleh digunakan. Disini kak Yana nak kongsikan⬇️  * 6 Tips Mewujudkan Suasana Cintakan Ilmu.* Bagaimana kita ingin membudayakan membaca sabagai satu amalan dalam kehidupan seharian. Jom baca Dan *SHARE* supaya lebih ramai lagi dapat manfaatnya ๐Ÿ˜Š. Untuk memupuk minat membaca anak-anak, kita boleh menyediakan satu ruangan yang kondusif. Ironinya apabila kita mempunyai satu ruang khas untuk diri kita, secara automatik kita dengan sendirinya berasa selesa dan seronok untuk bera...