6 Tips Mewujudkan Suasana Cintakan Ilmu.*

"Melentur buluh biar dari rebungnya"

Pepatah melayu ini sangat tepat. Untuk memupuk minat membaca anak-anak  hendaklah dilakukan sejak mereka masih kecil. Sejak usia bayi lagi anak-anak boleh diperkenalkan dengan bahan bacaan.

Hal ini kerana pendengaran anak-anak dikatakan deria pertama yang aktif sejak dalam rahim lagi. Biasa dengarkan kita boleh berbual dengan anak kita sejak mereka dalam kandungan kita lagi.

Dalam usaha nak memupuk minat membaca anak-anak, ada pelbagai teknik yang boleh digunakan. Disini kak Yana nak kongsikan⬇️




 *6 Tips Mewujudkan Suasana Cintakan Ilmu.*

Bagaimana kita ingin membudayakan membaca sabagai satu amalan dalam kehidupan seharian. Jom baca Dan *SHARE* supaya lebih ramai lagi dapat manfaatnya 😊.



Untuk memupuk minat membaca anak-anak, kita boleh menyediakan satu ruangan yang kondusif. Ironinya apabila kita mempunyai satu ruang khas untuk diri kita, secara automatik kita dengan sendirinya berasa selesa dan seronok untuk berada diruangan tersebut.

Sebagai contoh, ibu ayah yang mempunyai ruang kerja sendiri menjadikan kita lebih selesa untuk membuat kerja dan bersungguh untuk menyelesaikan tugasan. Bagi membudayakan minat membaca kita harus sediakan satu ruang untuk memastikan anak-anak berasa seronok untuk melakukan aktiviti seperti membaca, menulis dan bermain.

Perkara utama mesti dititik beratkan  dalam menyediakan ruangan membaca mestilah mempunyai pencahayaan yang mencukupi, berwarna-warni dan bersih.

Untuk menggalakkan anak-anak suka membaca pilih lah bahan bacaan yang sesuai mengikut peringkat umur dan dapat menarik perhatian mereka.

Terdapat pelbagai jenis buku di pasaran yang menarik. Bagaimana untuk memilih buku yang menarik bergantung pada usia mereka dan kecenderungan mereka terhadap jenis bahan bacaan.

Pilihan buku yang berwarna warni dan mempunyai suku kata dapat menarik minat anak-anak seawal usia 2 tahun. Pada seawal usia begini harus dipupuk minat untuk membaca.
Dalam kehidupan sehari-hari tetapkan satu masa untuk kita luangkan masa membaca bersama anak-anak. Bagi melatih anak-anak suka membaca bukan dengan hanya menunggu masa terluang, sebaliknya luangkan satu waktu dalam aktiviti kehidupan kita untuk memperuntukkan masa membaca.

Sebagai contoh pada waktu  hari bekerja, jadikan waktu selepas maghrib adalah waktu membaca bersama anak-anak. Pada hari cuti pula jadikan waktu pagi adalah masa membaca bersama anak-anak.

Jangan tunggu sehingga ada masa terluang baru hendak membaca, sebaliknya luangkan masa kita untuk membaca😊
Anak-anak ini fitrah mereka suka bermain. Untuk memupuk mereka sejak kecil lagi antara kaedah yang boleh dilakukan adalah bermain bersama mereka. Bagaimana?

Boleh sahaja ibu ayah menggunakan pendekatan menyanyi bersama lagu ABC, lagu nombor dan sebagainya mengikut kreativiti ibu ayah.

Ibu ayah juga boleh gunakan pendekatan bermain cikgu-cikgu. Sediakan kad poster tampalkan didinding dan bertindak seperti cikgu. Boleh sahaja ibu ayah atau anak-anak sendiri yang melakonkan watak cikgu.

Bermain puzzle ABC, 123 atau huruf jawi boleh juga dilakukan. Sambil bermain boleh diajar huruf atau nombor tersebut. Selain bagus dapat meningkatkan psikomotor halus anak-anak ia juga dapat mengenalkan anak-anak dengan huruf serta nombor tersebut.

Pendekatan bermain sangat membantu dalam memupuk minat membaca anak-anak, sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu ayah dan anak-anak.
Bila kita minat sesuatu kita pasti sentiasa pergi ke tempat itu. Contoh kaki pancing, tempat yang biasa dikunjungi tempat memancing itu sendiri atau tempat menjual peralatan memancing.

Begitulah juga kalau kita nak memupuk minat membaca anak-anak, bawa mereka ke kedai buku atau perpustakaan. Bila mereka berada dalam ruang tersebut, mereka berasa seronok kerana mereka rasa diraikan.

Boleh juga ibu ayah wujudkan mini perpustakaan dirumah bagi memberi suasana seperti di perpustakaan. Jadikan di situ ruang membaca bersama.
Ibu ayah adalah cerminan buat anak-anak. Anak-anak menyerap dan bertindak sesuai dengan segala tindakan ibu ayah.

Bagaimana seorang anak mahu membaca buku jika ibu ayah tidak menunjukkan perilaku dan contoh yang baik? " Leadership by example" membawa makna kepimpinan melalui teladan.

Kalau yang anak-anak nampak ibu ayah asyik main telefon bimbit sahaja, bagaimana mereka mahu minat membaca sedangkan contohnya tidak diperlihatkan.

Untuk memupuk minat membaca anak-anak kita terlebih dahulu perlu berubah dan menjadikan membaca itu satu keperluan. Berikan masa kita untuk membaca.



Comments

Popular posts from this blog

NAK GAGAL LAGI KE❓

Teknik Lazy 8