Pelukan Kasih Sayang

PELUKLAH ANAK-ANAK KITA

PELUKAN nampak remeh tapi mampu beri ketenangan kepada yang dipeluk.. Kuasa pelukan nampak macam biasa-biasa tapi sebenarnya sangat luar biasa..

Melalui pembacaan kak Yana dalam buku " Tau Tak Apa " karya Dr. Hm Tuah Iskandar beliau menulis, ada satu kajian dari University McGill, Montreal, Kanada yang diketuai oleh Celeste Johnston, memutuskan ibu yang memeluk bayi bukan hanya mengurangkan kesakitan tetapi memulihkan dengan cepat. ( Berita Harian -26 April 2008)

Eh, macam tak percaya kan? Sekadar peluk boleh jadi ubat..Tak percaya, peluk bayi kita yang sedang menangis, diam dia.. Kak Yana teringat satu cerita Hindustan..tajuk Munna Bhai rasanya...kan dia peluk pesakit dekat hospital dan cakap All is Well..nampak macam lawak tapi memang ada kesannya bila dipeluk..

Macam suami kak Yana cerita, masa baru lahir anak sulung..lepas suami sambut bayi kami, suami keluar dan tunggu diruang menunggu...Masa tu macam-macam perasaan ada, menangis mengogoi macam budak kecik suami kata...datang seorang pakcik ni peluk suami dan tenangkan..baru reda perasaan tu..

Apatah lagi kita dengan anak-anak....mereka mahu dipeluk bukan sekadar ketika mereka sakit tapi lebih dari tu...mereka ingin rasa ketenangan, rasa disayangi rasa diperlukan... INGAT satu perkara! Jangan terlambat untuk memeluk anak-anak kita sehingga mereka mencari pelukan yang HARAM diluar sana... Didik anak kita dengan sayang..hubungkan silaturrahim dengan mereka..

Anas r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda, "Siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan ditunda ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah menyambung hubungan keluarga." (Bukhari dan Muslim). Bila dihubungkan silaturrahim diluaskan rezeki, rezeki bukan sekadar wang ringgit bahkan kesihatan, ketenangan kasih sayang itu jugak rezeki...

Jom ambil masa, muhasabah diri.. Bila kali terakhir kita peluk anak-anak kita dengan rasa sayang dan syukur..Semoga Allah Ya Rahim Ya Rahman Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah menanamkan dalam diri kita perasaan untuk berkasih sayang..




Comments

Popular posts from this blog

6 Tips Mewujudkan Suasana Cintakan Ilmu.*

NAK GAGAL LAGI KE❓

Teknik Lazy 8